nuffnang ads

Saturday, December 31, 2011

Rebelution!



Selamat Petang Kuala Lumpur,
Saya, seperti juga anda menghargai keselesaan dalam rutin, keselamatan benda-benda biasa dan keamanan dalam pengulangan. Saya suka lepak di mamak dan tonton tv di rumah seperti mana manusia normal yang lain. Dan dalam semangat menyambut tahun baru ini saya fikir kita patut buat suatu yang istimewa dan meletakkan makna baru kepada tarikh 31 desember.
Sememangnya ada yang tidak mahu kita bersuara. Saya jangkakan sekarang arahan sedang dipekikkan melalui telefon dan lelaki dengan senjata sedang dalam perjalanan ke dataran. Kenapa? Kerana apabila cota digunakan untuk membantai komunikasi, kata-kata akan tetap memiliki kuasanya. Kata-kata merupakan perkakas kepada makna dan kepada sesiapa yang bersedia untuk mendengar, bersedialah untuk kebenaran. Dan sebenarnya ada yang sangat tidak kena dengan negara ini.
Kekejaman, ketidakadilan, dan penindasan. Anda pernah mempunyai ruang untuk membantah dan menyatakan pendapat sebebasnya tetapi sekarang maklumat anda ditapis, dan sistem pemantauan berterusan memakasa anda untuk tunduk, patuh dan setia. Bagaimana ini boleh berlaku? Siapa yang harus dipersalahkan? Sememangnya terdapat orang-orang yang lebih bertanggungjawab daripada kita dan mereka akan dipertanggungjawabkan. Tetapi apabila berbicara tentang kebenaran... jika anda mencari seseorang untuk dipersalahkan, tempat pertama yang anda patut lihat adalah di cermin.
Saya tahu mengapa anda lakukannya, saya tahu anda takut. Mengapa tidak? 13 mei, pergaduhan kaum, komunis, operasi lalang... Terdapat rentetan masalah dibingkaikan untuk merosakkan pertimbangan dan merompak kewarasan anda. Lalu Ketakutan menguasai dan dalam keadaan panik anda berlindung di belakang Barisan Nasional. BN menjanjikan kestabilan, BN menawarkan keamanan. Dan sebagai balasan anda hanya perlu menyerahkan ketaatan, tunduk, patuh dan setia kepada setiap rencana mereka.
Hari ini saya bercadang untuk menghentikan ketaatan ini. 2011 akan diingati dalam sejarah sebagai tahun revolusi aman tanpa keganasan. Ia bermula di Tunisia dan merebak ke Dataran Tahrir Mesir. Dataran Tahrir adalah simbol pembebasan dan kuasa rakyat di abad ke 21. Kita juga melihat gerakan rakyat di Sepanyol yang diikuti oleh pergerakan Occupy Wall Street.
Arus demokratik yang dijana oleh warga di atas jalanan ini adalah satu perubahan besar di zaman kita sebagai tanda penentangan terhadap elit seluruh dunia. Hari semakin suntuk dan tahun ini akan pantas berakhir. Awan hitam masih terawang di langit Malaysia dan tiada bezanya dengan tahun-tahun yang lepas.
Tekanan terhadap hak asasi manusia masih tidak dipedulikan. Warga menderita dalam bentuk dan tahap berbeza. Adalah sukar bagi orang biasa untuk menjelaskan dan menyuarakan derita dan perjuangan mereka. Oleh itu kita mahu semua orang mencari suara mereka dan memformulasi tuntutan masing-masing.
Beberapa tuntutan datang daripada ketidakadilan seperti : halangan protes jalanan, rang undang-undang perhimpunan aman, kilang nadir bumi Lynas, rompakan tanah orang asli dan orang asal sabah dan Sarawak, korupsi dalam kerajaan, eksploitasi pendatang, kematian dalam tahanan polis dan sprm, tekanan terhadap kebebasan akademik baik pelajar mahupun pensyarah dalam auku dan pelbagai lagi.
Jadi, jika anda tidak nampak. Jika jenayah kerajaan ini tidak penting bagi anda, saya cadangkan supaya anda tinggalkan 31 desember tanpa apa-apa makna.
Tapi jika anda nampak apa yang saya nampak, anda rasa apa yang saya rasa, dan anda mahu apa yang saya mahu, saya minta untuk anda berdiri di sebelah saya memakai topeng V pada malam ambang tahun baru di dataran merdeka dan kita berikan mereka tahun baru yang tidak akan dapat dilupakan.

http://www.facebook.com/events/180134328752210/

Sunday, December 25, 2011

pagi2 nk berleter,,,,

beginilah lumrah kehidupan aku seharian, aku bangun pagi2 kena baca journal article untuk literature review research proposal aku. bukan ape, aku jd bersemangat nk buat research proposal nih bile tgk senior2 aku facing their viva ari jumaat arituh.. huhuhu... tp langit selalu nye cerah, mesti ade sesuatu jugak berlaku ari nih... nk dijadikan cerite, pukul 8 pg aku bangun lar, trus bukak laptop yg duk kat lantai nih (meja ade, tp aku lebih suka wat kejer smbil meniarap, hahahah) trus aku melayari laman sesawang ERIC dan pakcik Google dengan harapan dapat jumpa beberapa article yg sepadan dengan tajuk research aku. hasil dari tunjuk ajar Miss Zuraidah pada aku arituh kat facebook, aku berjaya menjumpai article2 yang bersesuaian dengan tajuk aku. huhuhu, Tenkiu very much Miss Zuraidah! kemudian aku memulakan liku2 hidup aku dengan membaca article2 yg berlambak dlm folder final research proposal En Asmadi. satu persatu satu ayat dalam article itu cuba aku pahami supaya apabila jumpa quotes yang sesuai dapat aku muatkan kedalam literature review. smbil aku membaca artcle dn menaip LR, aku mencapai enset aku dh mewishkan gud morning kepada awek kesayangan aku. selang beberapa minit kemudian enset aku berbunyi menandakan awek aku telah mereply mesej aku, huhuhu, dia pun mewishkan kembali gud morning dgn manje nye kepada aku. seraya aku mereply mesej beliau, "arakian apekah yg adinda sedang lakukan itu?", kmudian aku mendpat feedback yang mengatakan beliau sedang "wat kje". aku dengan pemikiran yang positif terus mengatakan "adinda buatla kerja dahulu, kekanda pun ingin mengerjakan sesuatu jugak". kmudian aku meneruskan lagi liku2 hidup aku membuat kejer, tiba2 aku mendapat mesej dari adinda kesayangan ku meminta aku ntuk kol beliau. dengan sepantas kilat di langit aku terus menekan button dail di nset nokia 1280 aku. kmudian aku terdengar suara manje adindaku memberi salam, aku jawab salam itu dengan penuh debaran, lalu dia bertnya kepada aku bile nk anta asigment, aku pun memberi tarikhnya iaitu ari rabu ini. kmudian dia pun meletak gangang telefon nya. aku dengan tanpa rase ape2 trus meneruskan lg perjalnan aku dengan article2 yg berlmbak.. dlm 15 min kemudian awek aku menelefon aku kembali, lalu berkata "KENAPE XNAK KOL? SUSAH SGT KE NK KOL? DUK ONLINE FB BULIH, KOL LAR KEJAP TIME ON9 TUH" lebih kurang lar msg nyer, "adeh, td kata nk wat kejer, kakanda pun ingin buat kerje jugak", dia membalas "seblum nih nape xkol? dlu janji nk kol", aku plak jawab "adeh, dlu kn kanda dh kata kanda bz, kan dinda dh kata arituh klau bz pun ckp lar, xpun msg. pastuh bila knda msg camtuh, dinda masih xpuah ati nk kanda kol jugak, haishh.... kanda pun xpaham.." , dia pulak cakap "abis tuh blablablablablablablablablablablablablabla....." TUUUUTTT. aku pun letak dn tutup trus nset aku. aku pun pi cas kat plug. ape yg aku dengar last sklai tuh aku xpaham.. kenape lar time aku nk wat kejer nih mcm2 perkara blaku... dia paham x keadaan aku camner skg. aku bukan duk berpoya atau buat benda xtentu hala. aku pun ade kejer jugak nk disetelkan... adeihh.. aku xtau nk luahkn kat sape, so aku ckp jer kat blog aku nih. ade problem ker? hehehe...smpai skg aku xmsg lg dia... biarla dlu keadaan reda, kan jd makin parah plak nanti klau aku msg paper... aku sebenarya xsuka nk marah org, aku pun xsuka jugak dimarahi... so paham2 lar... lebih diam daripada berkata2 kan.... mesti ade diantara anda semua tertanya2 daripda aku duk mengarang blog nih baik aku wat kejer kan? hehehe mcm yg dikatakan matlutfi90, ini dinamakan MULTITASKING! hahahhaha.... siap sudah karangan aku ari nih... klau wat literature review tentu dh siap dh.... huhuhu... k lar.. dh nk magrib nih.. out dlu...

my current situation



credit to www.ayamdanbabi.com